.

.

Sunday, September 6, 2015

. Xplore Borneo : Trip ke Semporna Day 2 : Sibuan, Mantabuan & Bohey Dulang .


Setel hari pertama ( rujuk link atas ), now day two! macam biasa, pukul 7pagi mesti ada kat lobi. tapi kami turun lambat 15 minit. semua mata sembab. tak cukup tido ke penat sangat tak tauu. hahaha. hari ni Ainul sampaiii. jadi cukup lah team kami 11 orang.


 macam biasa, acara wefie agenda wajib.
sampai jeti, serbu kedai makan dulu. breakfast pentingg. hari ni nak snorkeling sampai lebam lagikk!

Plan berubah lagi. sepatutnya kami ke Bohey Dulang dulu, mendaki bukit untuk tengok view pulau dari atas. tapiiiii, trafik sesak. ramai sangat orang. so, Hanan bawak kami snorkeling ke Pulau Sibuan dulu. Sebelum tu, kami cek nama untuk masuk ke pulau. aku ada mention dalam entry Tips ke Semporna, kalau korang nak masuk tiga pulau ni, kena ada permit sebab pulau ni termasuk dalam Taman Marin Tun Sakaran.



otw ke tempat daftar nama. tak jauh pun. depan sikit aku nampak perkampungan orang bajau laut@palauh.

 Sampai di Sibuan, aku nampak ada brader askar kat tepi pantai tu. memang pulau pulau kat semporna ni ada askar jaga. turun dari bot, kami kena jalan kaki ke tempat daftar nama. beratur pulak... time tu 3 bot baru sampai. semua Hanan tu yang manage. kami beberapa ketul je perempuan. bot yang satu lagi tu semua lelaki. tersenyum aku dengar dorang bersembang.... ore kelate dan tranung rupenye. haha. satu kapal la kita!

  guys.. are you ready? 

di Sibuan ni kami snorkeling dari tepi. tapiiii, air kat sini lawa gilaaaa. cun sangat view dia! jernih amat. before snorkeling, kami amik gambar dulu puas puas. sebab view cantik kan. hujung pulau ni bentuk V kot. berlari lah aku ke hujung sana.



 kehidupan seharian kanak kanak kat sini.



  
die ni memangg. kedengki. nak menyelit je keje. semua gambar selit muka die. maklumlah. fahrin ahmad jadian katenye. hahah!  #TheAfzanians
 
 pans ceng ceng woiii. nasib bawak shades. kalau tak memang silau la.


memang kat sini snorkeling puas puas. dari tempat air yang jernih, kayuh kayuh sampai ke air kaler biru muda. lepas tu tak sedar dah sampai kat air biru gelap tu. hanan datang kat kami, dia siap tanya. korang tak rasa sini dah dalam sangat ke? hahahha. Fetri cakap dia nampak orang diving kat bawah. woiiii. dalam tuuu. boleh kami bergumbiraaa snorkeling sampai ke tengah. bila pandang arah bot, mak aiiii. jauhhh. haha.


tapi serius pulau ni lawaaaaa! thumbs up! dah tak payah ke krabi dah mekti! haha. time ni, tempat kami snorkeling tu tak ada orang. geng kami je. kami bawa roti tabur kat dalam air. memang kena serbu la kamii. banyak gila ikan datang. silap silap boleh kena cumbu ngan ikan tu. hahahahahha ;p

honeymoon kat pulau lah kita.

snorkeling tak hingat duniaaa. lepas tu penat. nak balik bot pun makan masa.. hahah. perlahan je kayuh. rest kejap atas bot, then kami lunch. abg jo ( driver bot ) cakap next pulau yang kami nak pergi, tak boleh mendarat sebab air surut. so, dia just boleh drop kami kat tengah tengah je. dia pun tak syorkan kami snorkeling beria sangat kat situ sebab ada landak laut. aku pun memang tak nak dah snorkeling. nak simpan tenaga nak mendaki Bohey Dulang jap lagi oiii. kang tak pasal pasal semputtt. 

Pulau Mantabuan

sampai di Mantabuan, kami 3 bot. budak budak laki bot sebelah terus terjun. brader klate tuh siap kene geget ngan landak laut. seksa betul nampak. tapi aku pasti brader tu cover macho. hahah! nasib baik pakar landak laut a.k.a abg jo ada. geng aku, Fetri, Nizam ngan Hanan je turun. yang lain melepet makan jajan atas bot. tapiii aku agak frust la tak dapat naik darat. sebab aku nampak ada perkampungan yang rare kat darat tu. 

Kami pun terus ke Bohey Dulang. Time ni aku dah tak sabar weiii. wiishlist aku kat semporna ni Mabul dan Bohey Dulang. sampai jeti, nampak dah bukit yang kami kena daki. lebih kurang 600m++. errrr. semput tak aku nanti? tapi bila sembang sembang dengan Fet, Nizam, Yu... alaaa, gunung kinabalu boleh panjat. takkan bohey tak boleh kot?  ( tiada unsur riak k. hahaha ). 

Afta solat, daftar nama dan dengar taklimat, kami beratur untuk mendaki. Kami last trip daki bukit tu. 40 orang. aku beratur kat tengah tengah. then kami semua mula mendaki. ramai jugak gegirl. aku memang mind set, tak nak berhenti, nak jalan terus. tapiiiiiiiii, sebab ramai sangat pendaki, terpaksa stop untuk tunggu dorang panjat. after 200m, trek besar sikit, aku tengok Fetri kat depan aku dah mula bukak langkah. apa lagiiiiiiiii, aku bukak langkah jugak la. Yu pun dah pegi depan. maap hosmet, ku terpaksa pergi dulu. 

lebih kurang 25 minit jugak la. time aku sampai atas, baru 5 6 orang sampai puncak. bila tengok view pulau dari atas,, subhanallahhhhhh. speechless!

  Puncak Bohey Dulang.

kalau dulu, aku just tengok gambar kawan kawan kat atas ni. now, aku sendiri dah sampai. alhamdulillah. satu lagi wishlist dah setel.

kalau bab travel, trip sana sini, memang kami #sehatisejiwa. hahah. #TheAfzanians





Jeti Bohey Dulang.







nampak tak bukit kat belakang tu? haaa... itu la bukit yang kami daki. :)

 Disebabkan kami awal sampai atas. so, kami orang paling awal turun. so, sambil tunggu geng bot sebelah. kami lepak lepak kat jeti tengok orang snorkeling. ambik angin sikit. nyaman sangat kat sini. rasa tak nak balik. tenang oiiiiii. lama jugak dok mereput kat jeti ni sambil berangan.rasa sedih pulak, sebab esoknye kami dah nak balik. masing masing bawak haluan. huwaaaaa.... vacation ends here geng! 

bila semua ahli bot sebelah cukup. kami bertolak ke semporna. time atas bot tu memang semua senyap. penat! hahaha. lebih kurang pukul 6.15 kami sampai. abg van dah ready kat jeti. then dia bawak kami pegi suvey tempat makan and round kg. tampi-tampi. alaaa, tempat cerita duyung tu. then kami booking tempat makan kat Restoran Warisa, sini antara tempat femes for those yang gila seafood. 

jam 8.15 malam kami bertolak ke restoran tu. makan besor lagi oiii. kak sara siap beli kek sambut birthday faiq ngan yu. so sweet kak! hehe. malam ni makan tak mewah sangat sebab takit tak habis. tomyam, sayur campur, 2 jenis ikan, satay, ayam bakar, sotong dan kek. total RM288.

habis makan dah lewat. sebab syok sangat sembang. semua topik keluar, habis cerita hantu pun include. haha. lebih kurang jam 10 lebih, kami tengok restoran tu dah macam nak tutup, sebab kami je yang ada, so kami pun blah. masuk je van, abang tu tanya, nak jalan jalan area bandar tak? 

laju je memasing jawab takkkk. hahhaa. penat + mengantuk. sebab malam sebelumnya abang van dah bawak kami round semporna. tunjuk semua port port rare kat sana. lorong lorong gelap. tempat pembunuhan asakr ke komando tahun lepasss. semua dia bawak. so malam ni kami terus balik hotel.

sampai hotel, bukan naik bilik. lepak kat lobi sampai jam 12 malam. konon nak nengok bunga api. haha. merdeka kannn. T______T boleh main teka teki bagai lagi. adoii. pangai sorang sorang still  sama dari umo 19 taun sampai la ni  T______________T


happiness is real when shared ;')

0 comments: